Wednesday, 6 February 2013

Travel alone .. Danger?

So, nak cerita pengalaman aku selama balik rumah dari Selangor ke Pahang. Masa first time aku nak belajar balik kampung. memang tak tahu & terkial - kial.. mula - mula tengok jalan, macamana nak naik ktm & lrt. Sila bawa kawan ye. Ada tersalah naik tren la.. haha.. masa tu nak balik untuk Hari Raya Haji, beli tiket awal - awal. Masa Sem 3, yang baru -baru ni. aku sangat tak jangka yang tiket akan habis waktu Hari Raya Haji. Bayangkan, tunggu bas upm sampai sejam, then decide naik bas rapid. buat -buat macam pernah naik, sedangkan tidak. Tak jangka bas tu rupanya lalu jalan lain. Tersangkutlah dalam jem selama beberapa jam.. fuh~ fuh~.. pengalaman di situ. Sampai - sampai dekat ktm, kejar tren yang baru je sampai dengan beg - begnya berlari naik tangga. fuhhhh~ tapi, tak ada rezeki, sampai - sampai dekat terminal bas titiwangsa, "..maaf dik tiket dah habis..." otoke, macam nak menangis tapi kuatkan hati, beli tiket untuk balik di pagi hari raya.. dalam bas, dengarlah takbir berkumandang. sob~sob~

Hujung sem haritu, pertama kalinya. aku balik naik bas dengan bagasi besar. orang tengok pun, saiz bagasi tu lebih kurang saiz aku je. buat2 kuat macam badang. yg paling mencabar nak angkat bagasi naik tangga dekat stesen bts n titiwangsa. sebab lift dekat situ belum beroperasi.. tunggu semua orang dah naik tangga then baru lah aku bertukar jadi badang untuk angkat bagasi tu. sampai je dekat atas, buat muka cool je walaupun macam nak tercabut tulang.. hahahha..
akhirnya, alhamdulillah sampai dekat terminal bas. tunggu n tunggu bas pukul 10 pagi. then, ada 2 pak cik yg aku sendiri pun tak kenal n tak tahu nama dia. nak pinjam duit sebab nak beli tiket. pak cik yang lain2 n datang waktu lain2.. yg pak cik mula2 datang dekat aku tu tak memaksa. tapi then ada pak cik sorang lagi ni.. memaksa.. nasib baik bas dah sampai. tapi, dalam bas pula lain ceritanya. aku kena duduk sebelah budak lelaki y mengatakan dia pelajar sekolah sukan bukit jalil. I'm not sure. tapi budak ni sangatlah annoying atas sebab tertentu. nasib bukan adik aku, kalau tak memang tahu lah nak buat apa..... 3 jam perjalanan, Alhamdulillah, sampai sudah. disebabkan aku tak mampu nak buka tempat letak bagasi y dekat luar bas tu. aku mintaklah tolong dekat pemandu bas. Pemandu bas tu buat tak tahu je, aku minta tolong lagi. then dia cakap " Awak buka lah sendiri, kalau nak tunggu saya lambat lagi lah" dengan nada suara yang sangat lah annoying. ==" hey, sabar je la. tunggu punya tunggu. dia buka.

seminggu after cuti sem tu, aku kena balik kolej sebab ada urusan. naiklah bas seperti biasa n then alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Then, masa aku naik escalator dekat titiwangsa tu rupa - rupanya ada seorang manusia ikut aku dari belakang secara senyap.. Aku ceritakan dekat kawan aku bila sampai dekat kolej, dia pun cakap menakutkan betul. Bila aku bayangkan balik memang menyeramkan. Ye la, bila aku turun je dari escalator tu, baru aku sedar ada orang dekat belakang aku. orang tu cakap "Assalamualaikum.. akak saya nak minta tolong, akak jangan takut.. bla bla  bla" .... o.0 aku sempat jawab salam dia n pusing belakang nak tengok sape then terus aku jalan dengan lajunya.. istigfar je dalam hati. Ya Allah,.. alhamdulillah dia tak buat perkara yang bahaya dekat aku. I'm 4+kg girl wehh, dengan beg galas n selempang nya. So, before sampai kolej. Berhenti dekat tbs dulu untuk solat n beli bekalan makanan. After that aku nak ke ktm, otw tu tetiba ada sorang mak cik dia potong jalan aku n mintak duit sebab nak beli tiket. die pujuk punya pujuk sampai rm3 pun dia mintak.

So, nasihat aku. dekat kawan - kawan perempuan kena cekalkan hati bila balik kampung sorang2. Berdoa dalam hati bila takut, inshaaAllah Allah swt akan tolong kita .
terima kasih :)

No comments :

Post a Comment