Thursday, 25 July 2013

Keputusan Peperiksaan Semester II Sesi 12/13 UPM.

 Assalamualaikum dan hai kepada yang menyinggah. Entry kali ini lebih kepada mereka mereka yang bergelar pelajar UPM yang masih menunggu semester baru tiba, yang sedang ber "short-semester" mungkin dan juga yang bakal bergraduat hujung tahun ini. wuuhuu~ Seperti yang kita sedia maklum 26 Julai 2013 (17 Ramadhan 1434H) adalah Nuzul Al-Quran. Masa berlalu sangat sangat pantas. Ramadhan dah separuh pergi. :)
Okey, tepat 12:00 a.m tadi smp diserbu oleh pelajar upm yang berada di mana mana sahaja untuk 'check' keputusan rasmi peperiksaan mereka. Ohoii. syukur smp tak buat hal. ada yang tak nak 'check' la, itu la ini la, tapi dalam hati siapa yang tak nak tahu keputusan memasing oii. 


Kepada yang dapat keputusan yang cemerlang gemilang terbilang iaitu 4FLAT atau "Dean list". Tahniah dan tahniah semua, kawan,sis,bro and adik. *ai jeles comel dengan uols.hihik.. Sila bersyukur banyak banyak dan teruskan kejayaan anda itu. Kepada yang keputusan peperiksaan meningkat naik, Tahniah juga. Itu adalah sesuatu yang baik, teruskan usaha anda supaya dapat "Dean list" inshaaAllah, rezeki kan. kita tak tahu. :). Kepada yang belum sampai tahap di atas atas. Hey, jangan sedih. Berusaha lagi dan lagi serta muhasabah diri. Sebab Rezeki itu datangnya daripada Allah swt. Kalau kita tak dapat apa yang kita 'target', cuba renung renungkan mengapa. Tentu ada yang tak kena. Jangan cepat berputus asa dan terimalah apa yang kita perolehi itu dengan baik. 

 Aku percaya apa pun yang kita dapat itu ada hikmah yang tersendiri. Ada golongan yang sememangnya "otak pandai sangat+study lek lek je+rahsia tersendiri = keputusan bagus", ada yang lagi satu "otak pandai+studyhard+rahsia tersendiri = keputusan bagus". Setiap individu berlainan cara, diri sendiri kena faham kemampuan masing masing. Ada yang faham cepat itu yang baik, yang faham lambat sikit itulah yang kejap tunggang langgang hidupnya tapi jangan berterusan tunggang langgang ye, silalah bangun walaupun teruk mana pun keadaan anda ye daripada terus hanyut. hoho *gituhh. Agama jangan lupa biarlah sama usaha di dunia dan akhirat. :). 

 Maka pada hari ini juga menari narilah pelbagai status di Facebook, Twitter dan laman sosial yang seangkatan dengannya tentang keputusan peperiksaan masing masing kan. Macam macam gelagat. Ada juga yang berazam tak akan ulangi kesilapan lampau dan tak akan main main lagi dan seangkatan dengannya, moga azam anda itu kekal hingga tamat ye. inshaaAllah. ameen. Jangan separuh jalan aje.. You know what I mean . :3. Aku scroll tweet tweet dan fb, ada satu status FB yang menarik dan aku minta kebenaran cik empunya status untuk dikongsikan dan menjadi renungan bersama. Ini dia

:: kata2 dari pensyarah 2 tahun yg lps... 

"result kamu mungkin 4.00, dan kawan kamu pulak 2.00. Kamu kutuk2 dia, kamu ketawakan dia di belakangnya. Tapi siapa tahu kawan kamu blh dpt kerja lbh baik dari kamu sendiri. Jadi, jgn buat begitu. Rezeki itu Allah yang bagi. Setiap org ada bahagiannya. Allah sengaja uji sedikit utk bagi kamu yang lebih baik"  

via Aslianah Kiling *terima kasih ^^
 Sekali lagi, aku ucapkan Tahniah semua pelajar Universiti Putra Malaysia especially kawan kawan, coursemate, exroomate, collegemate, Batch11/12,  yang dapat keputusan hari ini dan senior senior UPM especially daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Kolej Kedua yang akan bergraduat hujung tahun ni.. Aku kena tempuh 2 Tahun lagi untuk bergraduat. inshaaAllah. ameen. Yang senasib, jom lah sentiasa gigih untuk mendapat segulung ijazah ye.hoho ^^.


Terima Kasih.
Singgah lagi ^___^

No comments :

Post a Comment