Sunday, 7 July 2013

Small Girl in Inter-college Theater Part 1


 Assalamualaikum and hai.. Sebelum ini, aku pernah mengarang post tentang Festival Teater Interkolej 2013 atau FESTIK.. salah satunya adalah ini auraFestik. ada lagi tapi tak berapa details sangat. Selepas post terakhir tentang festik endOf3event iaitu hari teater kolej kami dipentaskan. Aku terus menyepi buat seketika waktu. Tiada khabar yang terlampau gembira untuk aku sampaikan, mahupun daripada yang lain. Alhamdulillah, sekurang - kurangnya satu anugerah di bawa pulang. :) yeay.

 Okey, berhenti di situ. sayu je bunyinya. Jadi, macamana aku boleh terjebak? tak ada angin, tak ada ribut. Sebelum aku bercerita lebih lanjut. Aku bagi penerangan umum, iaitu apa yang aku buat dalam FESTIK dan seangkatan dengannya. Aku mula melibatkan diri dalam pertandingan teater interkolej ini pada Semester II dan Tahun 1 sebagai AJK Audio dan Penatacahayaan bersama Nisa, Hanim serta coursemates yang lain, diketuai Mia dan bawah pengarahan Putih iaitu teater yang bertajuk 'Mati Atawa Dodadidodi'. Tanpa aku sendiri menyangka dan tidak percaya,aku dirisik *pehh, dirisik gituh.. haha.. menjadi salah seorang ____________ kelab teater Kolej Kedua, UPM iaitu 'Second Production' untuk FESTIK 2013. okey, kenapa tempat kosong. dapat jadi apakah? itu aku cerita dalam part 2 nanti.

 Okey, biar aku kongsikan sedikit pengalaman yang setahun jagung semasa FESTIK 2012. Macamana aku boleh menjadi salah seorang ajk. Well, pada mulanya ia bermula pada malam ujibakat pelakon.
...
...
(*.. ini maknanya ada kisah misteri.kah..)

 Atas disebabkan aku sememangnya tak pandai sangat pun berlakon, atau ayat lainnya berlakon macam kayu. Walaupun masa sekolah, aku pernah berlakon, jadi pelakon tambahan untuk Hari Merdeka masa Darjah 6 dan Tingkatan 4. Jadi askar yang belum pape lagi dah mati. okey, lawak bila ingat balik. Okey,tamat dekat situ. Bila tak sesuai menjadi pelakon, aku pun masukkan nama dekat senarai nama ajk FESTIK. Masa tu mereka membuka peluang untuk mana - mana kolejgiat yang berminat untuk sertai FESTIK dengan menampal notis dan senarai kosong ajk dekat setiap blok. I'm Rajawalians~ peace yo.. FESTIK 2012 ketika itu akan mula dipentaskan pada bulan MAC.. Jadi,kami mula menghadiri perjumpaan di hujung Semester I 11/12 iaitu  bulan Disember kalau tak silap. Sesi mengenali Pengarah, Pengurus & Ketua setiap unit. Masa tu juga, skrip sudah dipilih. Skripnya ialah 'Mati Atawa Dodadidodi'. menarik bunyinya kan. mmm

 Ini sinopsi  yang aku faham lah kan, cerita skrip ini tentang apa sebenarnya? o.0. Dulu ramai yang curious. Sekarang? ntah.. Mati Atawa Dodadidodi mengisahkan perebutan harta antara saudara apabila seoarang tua yang meninggal dunia kerana kemalangan then adalah orang yang sama kerja dengan orang tua tu, orang kampung dan pengendali jenazah yang terlibat dalam kisah ini selain saudaranya .Tanpa disedari satu keajaiban berlaku apabila orang tua itu hidup kembali. Ending nya, orang tua tu meninggal juga dengan dibunuh oleh Pak Imam. Begitulah ceritanya.. Kalau salah, silalah betulkan. Aku ingat ingat lupa. Maap.

 Macamana keadaan aku sebagai Ajk audio dan penatacahayaan. Ajk ini terdiri daripada 9 - 10 orang termasuk ketua. Ketua aku adalah Mia, lelaki ea. itu nama samaran jah. Beliau ini pelajar tahun akhir ketika itu, beliau sudah decide yang perempuan buat kerja audio, yang lelaki buat kerja lighting. Waktu tu itulah yang aku faham dan nampak. Masa tu aku tak ada geng lagi, aku biasakan diri dengan siapa yang aku jumpa. Geng geng ni tak wujud lagi ketika itu. Walaupun serius sangat kekok sebab aku tak kenal sangat bebudak FESTIK masa tu. Tebal muka beberapa inci. Fuhh~ fuhh~.. 
Well, sebelum semua ajk mulakan kerja. Kami menghadiri Bengkel sehari sebelum Semester II bermula iaitu pada bulan Februari kalau tak silap. Okeylah, tahu lah sikit - sikit tentang teater. 

 Then, bila kerja dah mula. Kami mulakan kerja dengan mengumpul audio audio yang bersesuaian. Kteorang kena selalu join pelakon buat latihan sebab nak dapatkan mood untuk masukkan audio yang sesuai dan tanya apa pengarah nak. Bila aku join pelakon buat latihan, pehh~ segan juga sebab aku tak kenal sangat mereka mereka ni walaupun ramai yang sama batch dan ada yang sama course still aku macam 'Hai~' *muka janggal.. Tengok dieorang ambil mood, oke. ngeri sebab dieorang kena berubah berubah dan buat buat bercakap dengan aku lah pula.. Mula - mula ketua aku selalulah ada tetapi dah hujung - hujung dia jarang ada sebab pelajar tahun akhir, buzy dengan FYP. Hohoiii~ lagi lah aku macam hilang arah. Tapi yang tak boleh lupa, pengalaman dapat join meeting top FESTIK sebab gantikan tempat ketua aku.. Walaupun janggal tapi berguna. B) . Then, satu lagi bila ada meeting semua ajk tapi kami tak tahu. Tergesa ketua kami mesej, urgent.. Bila pengarah tanya progress, bagi muka yakin berapa percent dah siap. Sedangkan aku tak yakin dengan list audio yang kami dah buat. Bila jadi ajk audio, kena faham mmod cerita, tanda tanda dekat skrip untuk setiap audio, kena buat playlist dan kena belajar guna Audacity. Bukan kena pandai tapi kena belajar kalau yang tak tahu, kala dah pandai lagi bagus. Sebab aku pun tak tahu langsung pun tentang edit edit audio. Kawan kawan aku cakap masa matrik ada belajar guna 'Audacity', matrik aku tak ada pun. Aku main tekan tekan dan test jah. haha.. 'Playlist' pun aku tak tahu nak buat masa tu sampai yang aku faham sambungkan setiap audio jadi satu. Hambek kau, buat lawak je. Nasib pengarah tak marah, ketawa sikit je bila tahu aku buat macam tu.. haha..

 Semakin hampir tarikh pementasan, semakin lewatlah aku balik. Aku faham top agak risaukan progress kami. Tetapi kami akan cuba yang mana termampu agar ianya berjalan dengan baik. Pelakon pun ada yang membantu kami mencari audio yang bersesuaian. Dapatkan bantuan serta nasihat daripada felo penasihat dan pengarah.. Bila lagi seminggu kot pementasan kami, mantan audio, Umai datang membantu dengan beberapa tips. Pengarah kami juga sangat membantu sebab ada beberapa audio beliau tolong edit dan yang paling gempak beliau juga buat video untuk pembukaan pementasan. sangat membantu, Menjadi ajk audio juga, kena ada laptop backup dan gunalah 'mouse' untuk tekan tekan bagi memudahkan kerja dalam memainkan audio di waktu yang tepat. Kena tebal muka, selalu tanya dan mencuba.. Banyak perkara baru yang aku belajar. Alhamdulillah, audio dah juga lighting dapat digunakan semasa hari pementasan. Malam pratonton, audio kena duduk bahagian lain bukan dalam bilik teknikal... Agak janggal sebab waktu latihan melepak lepak dalam bilik ttk, tiba tiba kena duduk tempat lain.

 Masa hari pementasan, tiba tiba aku berdebar. Turn kami lepas zohor kalau tak silap. Hari tu juga, aku ada test 1 kalkulus.. err err.. Perut aku tiba tiba sakit, sabar je lah.. Nak cuba testing audio dan lighting agak lambat sebab penganjur yang bertugas tu tak sure ada masalah apa. Dengan aku tak sempat nak deal dengan si pocong untuk bunyi lompat lompatnya lagi, sebab aku tak jumpa siapa Lara.. tak kenal lagi siapa mamat tu.. haha. Well,sekarang dah kenal.. Bila masanya tiba, mak aiihh~ ramai betul orang. Pementasan masa tu dijalankan di Panggung Percubaan, UPM. memang pecah panggung la. Atas kerana ramai orang dan kami yang bahagian audio ni duduk belakang sekali belah kanan. Jadi, aku yang tinggi tapi tak sampai tahap nya.. haha. Kena duduk atas 3 lapisan kerusi. Yang mengawal tahap bunyi my coursemate, Goh. nampak pelakon kecil je dekat depan. Kena tekan tekan dalam gelap. pehh~ Part audio yang aku rasa paling mencabar adalah, waktu mula - mula iaitu waktu tayangan video kemalangan. Sebab, video akan dimainkan daripada laptop lain iaitu laptop Hanim, Hanim waktu tu dekat belakang layar pentas then audio video tu daripada laptop aku. Kteorang kena 'play' waktu yang sama kalau tak sama, 'spoil'. Mia, ketua kami bagi arahan dalam kiraan 1..2..3.. then 'play'.. Alhamdulillah, sama. yeay.. Dalam 1 Jam lebih, pementasan pun tamat. Yeay~~ habis dah. Juri bagi komen. Esoknya, produksi berkumpul memberi sepatah dua kata.         

 Lupa, aku tak bercerita sangat mengenai lighting sebab aku jarang melibatkan diri dengan mereka yang bertugas buat lighting masa tu. Yang aku tahu, ada lah beberapa masalah bulb yang cepat sangat nak rosak. yang lain aku tak sure.. Aku memang banyak tumpu dekat kerja aku je, ajk lain pun ramai juga aku tak tahu. jumpa gitu - gitu je.. haha..

Itulah kisahnya. Maap kalau ada yang tersilap dan terkurang. Hal maklumlah, kenangan yang diimbas kembali. Ingat ingat lupa. Nanti, aku kongsikan cerita aku & FESTIK 2013 dalam part 2. Dekat bawah aku kongsikan senarai anugerah, beberapa gambar dan video. Enjoy.

Poster Rasmi 


T-Shirt untuk produksi dan pelakon


pocong berterbangan ketika itu.. besar punya..

theBoard

Selamat Datang ^^


komen penonton selepas tamat pementasan


Exco, Pengurus dan Krew


hey, It's me setahun lalu mungkin. kah
Famili baru beliau.. Antara watak teater ini.

Video Pembukaaan teater.
Malam FESTIK 2012 melabuhkan tirai.
Senarai Penerima Anugerah FESTIK 2012 mengikut kategori :
1) Publisiti dan Pemasaran Terbaik = KPZ
2) Busana dan Tatarias terbaik = K5
3) Rekaat Set Terbaik = K12
4) Penataan Set Terbaik = K12
5) Pelakon Wanita Harapan = KOSASS
6) Pelakon Lelaki Harapan = KOSASS
7) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik = K12
8) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik = K12
9) Pelakon Wanita Terbaik = K17
10) Pelakon Lelaki Terbaik = K17
11) Lakonan Berkumpulan Terbaik = KOSASS
12) Khas Pentas = K10/K11
13) Arahan/Adaptasi Terbaik = K12
14) Persembahan No. 3 Terbaik/ Ketiga = KOSASS (Gejolak)
15) Persembahan No. 2 Terbaik / Naib Johan = K17 (Tanah Bernanah)
16 ) Johan Keseluruhan = K12 (Jangan Bunuh Sam)


*Gambar tak semua milik aku.


Terima Kasih.
Singgah lagi ^_^

No comments :

Post a Comment