Thursday, 15 August 2013

01 Syawal 1434H datang lagi

 Assalamualaikum wbt dan Hai *lambai sopan.

Ramadhan sudah meninggalkan kita. Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Syawal. pejam celik pejam celik cuti sudah mahu tamat, angka umur pun meningkat. hohoi . Semoga berjumpa di Ramadhan akan datang. ameen.

Disebabkan masih bulan Syawal. Jeng jeng ~

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H. Maaf zahir dan batin sekiranya aku ada tersalah kata dan perilaku kepada semua yang mengenal diri ini. zero zero ok. 
Tahun ni beraya sederhana sahaja, rumah kemas, kuih ada 2,3 jenis. Ok, dah boleh beraya. Biskut raya, berjaya buat 2 jenis. hoho. Gigih buat beberapa minggu sebelum raya sebab tahu beberapa hari sebelum raya memang tak jadi buat punya lah.

Biskut Bunga Cina

Biskut Semperit
Baju pun hadiah daripada Along je. Alhamdulillah. Terima Kasih Along & keluarga. Biru dan Turqois temanya, tak pilih pun tetiba je kebetulan gitu. Juadahnya, seperti biasa lemang,nasi impit, rendang dan wajib 'Ketupat Palas'. Tahun ni tak bergambar mana pun, kamera bawa memori kad tinggal. Hari raya pertama balik kampung mok dan aboh. Tak jauh mana pun, satu negeri lain daerah jah. Raya kedua melawat jiran jauh dan rumah saudara mok. Duit raya, Alhamdulillah. ada lagi, walaupun mula mula nilainya tragis. T_T. choii, jangan tamak. Tapi rezekikan, ada je walaupun sudah raya ke-8. Terima kasih kerana beri saya duit raya. Ada yang mintak duit raya, aku "..tak bekerja lagi, maaf..".. By the way, raya pertama, hari jadi kawan aku dari sekolah rendah sampai sekarang. dan raya kedua hari jadi mok. Love you mok.

Haa, memang lukis potret beginilah jadinya. Hamtam sajalah. Muka siti in 'reallife' lain dari yang ini. 
"..yang ke 58 tahun. semoga mok dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia dan diberkati oleh Allah swt. ameen. sayang sayang saynag~.."

 Yang datang ziarah teratak aku dan keluarga, terima kasih. :). Saudara tak ramai, tapi bila ada yang datang. Allah swt saja tahu, perasaannya bagaimana. :) Alhamdulillah.
Abang ngah beraya di perantauan, dapat beraya dengan kak ngah nye je. Moga dapat beraya bersama di Syawal akan datang ea. inshaaAllah. Along dah keluarga bercuti lama juga tahun ni. :) Begitu jua keluarga Abang der. Wah, riuh juga lah rumah dengan anak saudara 2,3 orang tu. moga bertambah lagi bebudak kecil dalam keluarga ini. ameen. Teman main bunga api lah, itu la ini la.. seronok beronok ronok. Tahun ni, dapat tengok bunga api yang besar besar tu secara langsung depat rumah. yeay.

Taaada.. pheww~pheww~
 Raya ke-4, beraya rumah rakan rakan sekolah. Walaupun cuaca mendung, kami redah jua. Dari Form 4 sampai sekarang, dah jadi kewajipan bermotosikal raya ke rumah kawan, nak kata konvoi karang, motornya 1,2 buah jah.. haha. Semoga berjumpa lagi nanti ye kekawan. inshaaAllah. :)

ini.. dekat jalan Putrajaya, eh. silap. Jayaputra. 
Meet my friend siti & ecah. Kami bertiga pakai pink secara kebetulan.
Dia tengah syok tengok tv sambil kuih di tangan.

Langkah kanan dekat rumah Farah. Alhamdulillah, makan tengahari di sini.

Meet us. Jarang bertemu.

Meet us & shaida. :)

Perjalanan pulang ke rumah. Pukul 6.30 petang. Feelin feelin dekat cameron.
 Raya ke-7. Hari jadi kawanku merangkap coursemate + collegemate + blockmate to be. hoho. Cik Fatini Husna.

Berangan nak pos Malaysia dekat Fat tapi nampaknya pos by hand je lah naik semester nanti. :D
Itu lah kisahnya. Tak dapat bergambar dekat semua rumah yang kteorang pergi sebab kamera tertinggal dan sebab sebab yang lain. Maaf ye kekawan.Semoga brjumpa lagi di Syawal akan datang. inshaaAllah. Sekali lagi~ Maaf zahir dan batin.

Terima Kasih.
Singgah Lagi. ^^

No comments :

Post a Comment