Saturday, 10 August 2013

Kolej Kedua, UPM


 Assalamualaikum wbt dan hai. ^^ *lambai lambai.

 Feelin feelin seperti mempromo kolej yang didiami. wah gituh. Oh, ini bukan mempromo kolej sendiri atau mengatakan "kolej ku hebat lagi bergaya, silalah duduk jangan pindah." haha. Tidak lor. Setiap kolej bagi aku ada je kehebatan masing masing serta kelemahan masing masing cuma, kita yang bergelar pelajar dan kolejgiat ni je yang kena pandai fikir kan. Tak ke macam tu. Di sini aku nak kongsi apa yang ada dekat kolej kediaman ini setelah 2 Tahun menjadi tempat berteduh, bukan sahaja berteduh tapi tempat suka duka untuk sekalian pelajar UPM yang 'bertuah' dapat kolej ini. Well, aku bakal masuk tahun ketiga duduk di sini bulan September nanti. Kepada yang bakal mendiami kolej ini,

 "Selamat Datang ke Kolej Kedua".. Ha Ha Haa *gelak jahat. 

sumber Intake 12/13 UPM

 Kolej Kedua adalah salah satu kolej tradisional yang terdapat di UPM selain daripada kolej kolej tradisional yang lain iaitu:
  • Kolej Mohamad Rashid
  • Kolej Kedua
  • Kolej Tun Dr. Ismail
  • Kolej Canselor
  • Kolej Kelima
  • Kolej Keenam
  • Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
  • Kolej Tun Perak
  • Kolej Pendeta Zaba
  • Kolej Ke Sepuluh
  • Kolej Ke Sebelas
  • Kolej Ketiga Belas
  • Kolej Ketujuh Belas

Manakala ini pula kolej swasta:
  • Kolej Kedua Belas
  • Kolej Keempat Belas
  • Kolej Kelima belas
  • Kolej keenam belas
(Kolej Serumpun).

 Tema kolej ni "Burung". Sebab apa, kalau korang baca sampai habis cerita ni mesti faham punya kenapa. Warna temanya merah.

Apa yang ada dalam kolej ini?

  • 5 Blok kediaman (Rajaudang[L], Helang[L], Rajawali[P], Enggang[P], Merpati[P]). 2 Blok lelaki 3 Blok perempuan. Jenis bilik, 2 orang satu bilik.
  • Pejabat Pengurusan.
  • Surau Manbaul Ilmi
  • Dewan Kenyalang. 
  • Studio Muzik
  • Bilik Perbincangan
  • Bilik Kenari
  • Bilik MTM
  • Bilik rehat MTM
  • Bilik Cenderawasih
  • Bilik Jaringan
  • Kiosk
  • Wakaf
  • Parking Kenderaan
  • Bilik Alumni
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Bola Tampar & Keranjang
  • Meja Ping-Pong
  • Gim
dan lain lain (dll).

Kolej ini dikelilingi beberapa buah kolej, padang UPM, dan kediaman staff/pensyarah UPM. Sebelah kiri kolej adalah Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah(KOSSAS), sebelah kanan lak Kolej Tun Dr.Ismail (KTDI), depan adalah padang UPM dan belakang kolej ni ada kediaman staff/pensyarah UPM. Berhampiran kolej ni, ada Kolej Kelima, Kolej Tun Perak, Pusat Kesihatan Universiti(PKU), Putra Foodcourt, Kolej Pendeta Zaba dan lain lain. Kalau lapar, jalan kaki je ke Putra Foodcourt dekat je. Nak joging, keliling kolej pun boleh tapi nak best sikit pergi lah joging dekat Bukit Ekspo. Hal pengangkutan nak ke kelas, oh itu susah sikit nak cerita bila sesi 13/14 bermula nanti. Zaman aku, ada bas yang berhampiran lagilah, K2 dan KOSSAS berkongsi beberapa buah bas, tempat menunggu pun dekat je. Tapi sesi 13/14 nanti memang tak sure macamana, adakah masih sama atau dah berubah? tunggu je la ye.

Apa yang ada dalam blok kediaman? Setiap blok kediaman ada 4 aras 3 tingkat. Yang wajib ada Ofkos bilik dan:
  • Rumah felo (2)
  • Mesin Basuh (1/2)
  • Dorm (1)
  • Bilik Tv (1)
  • Pantri (1/2 setiap aras)
  • Bilik Air (1 setiap aras)
Kemudahan dalam bilik:
  • Almari Pakaian (Tinggi) *bawa 'mangga' kunci bukan buah mangga.
  • Katil dengan tilam. *bawa alas dan bantal sendiri
  • Meja bentuk L (besar)
  • Kerusi plastik.
  • Lampu belajar.
  • Papn kenyataan.
  • Plug elektrik
  • Kipas siling
  • Lampu pendaflour (siling)
  • Langsir
Bagi aku bilik dia cukup besar untuk 2 orang dan selesa. Struktur bilik blok Rajawali, Enggang dan Rajaudang lebih kurang sama. Tetapi blok Merpati dan Helang sebelum ni biliknya untuk seorang sahaja sebab blok tu khas untuk pelajar luar negara. Tahun lepas dah jadi bilik untuk 2 orang, so katil, meja belajar dan almari dia lain sikit. Sesi 13/14 tak tahu lah sama ada sama macam sesi 11/12 atau ada perubahan ye. Aku tak tahu sangat. hoho. 

Nak cakap hal aktiviti dan adat kolej, err err. Aku tak pandai nak story mori biskut merie macamana. Ala, tak yah lah kan. Yang bakal masuk tu, masuk je la ye, nanti korang tahu lah dan faham sendiri. Dah besarkan. Selamat jah *jangan gerun sangat lah kan. ahaha..
Kata akhir dari aku, berdasarkan hidup di sini yang baru bertahun jagung ni "..pandai pandailah bawa diri, dapat universiti apa pun, kolej kediaman apa pun, ada kebaikan dan kelemahan masing masing.. apa pun yang jadi, salahkan diri dulu sebelum salahkan orang lain..".. Jom layan beberapa gambar dan video..

Logo kolej.
yang atas tu salah satu blok kediaman. yang bawah ni bahagian pengurusan kolej.


Kawasan kolej.

lagu rasmi kolej tanpa lirik.. 
yang ini kawan kawan ai yang buat sempena pertandingan reka cipta video lagu rasmi kolej dalm BUKTI'13.. hoho

yang ada lirik, aku cadangkan tengok video ni -->tekan sini.. sangat cantik dan kreatif videonya.

Antara laman laman yang berkaitan dengan kolej ini:

*gambar gambar bukan milik den. tq
*typo itu style

Itu saja dari jejari menaip aku. Sharing is caring.
Singgah lah lagi.
Terima Kasih ^_^

No comments :

Post a Comment