Wednesday, 4 September 2013

First #DIY Shawl

 Assalamualaikum wbt dan hai. lambai lambai. Cuti semester nak habis dah, tinggal 4 hari je lagi uolss. Tak rela dan tak sabar. Hati berbelah dua, satu untuk keluarga di rumah dan satu lagi untuk kehidupan di kampus. Bakal menghadapi semester 5, tahun 3 dan struggle tahap yang aku sendiri tak dapat bayangkan. haha. Kata kata semangat untuk diri sendiri "Amalina! New Year, New Semester and New Life. Chaiyok chaiyok. inshaaAllah. ameen".. Apakah dongeng yang akan tercoret. Wa pun tak tahu. Tunggu dan lihat. ngeee
Ok, begitu intro kisah ini. Tapi ini bukanlah cerita cuti yang bakal tamat atau semester baru nanti. Ini cerita buat selendang sendiri. Daaa~ DIY. Yup, hand made by me for the first time. Cuti nak habis barulah kan aku sibuk nak buat. Who's care?. Sudah lama nak cuba buat tapi sekarang baru sempat..

Hari Isnin, aku beli kain di salah sebuah kedai tekstil di Bandar. Kalau dah masuk kedai tekstil memang, Woww~ this is my world. Perasaan teruja tu memang lebih, walaupun jarang masuk. Tengok dan tengok. Aku pilih kain jenis 'Royal Chiffon'. Kain dia cantik. Warna 'silver' sebanyak 2 meter. Aku tambah aksesori iaitu manik halus warna 'gold'. Sesuka hati je gabung dua warna tu. haha. Harga kain ni, aku agak dekat Kamdar atau Nilai boleh dapat lagi murah tapi tak kisah lah kan aku eksited sangat. Bila kain tersebut sudah dipotong untuk dibuat selendang, ukurannya jadi 2 m x 0.8 m. Tak potong banyak banyak, sayang lahai. Ada gunanya juga selendang ini panjang dan lebar sebab boleh mengurangkan tahap kejarangan selendang tersebut bila dipakai. Penting tu. Bila dah dipotong, aku bakar dan jahit tepinya. Agak bersepah sikit jahitannya sebab guna ilmu jahit sendiri. Beginilah, pertama kali kan, pandang sebelah mata jah. Selepas sudah siap jahit tepi, aku cubalah pakai. Jeng jeng, ok lah untuk aku pakai. Tapi belum habis lagi sebab tangan aku gatal nak tambah manik. haha. Feelin feelin macam selendang bertunang atau kahwin dah. Manik ni bukan sahaja tambahan sebagai aksesori tapi ia jua boleh memberatkan selendang daripada berterbangan melayang layang gituhh. Masih dalam proses menjahit manik lagi, mungkin ambil masa berhari hari baru siap. Bila aku nak pakai pergi jalan jalan ke, aku pun tak tahu. Aku jenamakan sendiri selendang ini dengan "M", sesuka hati je letak secara tiba tiba. Begitulah kisahnya, mungkin korang boleh cuba juga. Seronok dan jimat duit. Jom layan gambar dibawah. 

Baru siap potong. Sedia untuk bakar dan jahit tepi.
Siap jahit tepi.

Jahit tepi dari luar.

Jahit tepi dari dalam.

Manik. Benang tu aku dah tukar sebab warna dia tak sesuai dengan kain.

Jenama la sangat.

Hai. ^_^. manik tiada lagi.
Terima Kasih.
Singgah lagi. :)

2 comments :

  1. hi. assalamualaikum . nak tnya awak edit pakai apps ape ya? kain yg sesuai utk di buat shawl kain yg mcm mana ya?

    ReplyDelete
  2. Hai. Waalaikumusalam sis,

    nak tnya awak edit pakai apps ape ya?
    adobe photoshop

    kain yg sesuai utk di buat shawl kain yg mcm mana ya?
    saya lebih suka chiffon yang tebal sebab tak jarang n tak panas, boleh rujuk blog sis ni. :)
    http://blog.haleema.com.my/2015/03/mengenal-jenis-jenis-kain.html

    ReplyDelete