Monday, 13 January 2014

Happy Holidays!!!

 Assalamualaikum & Hai.. 
Bertemu lagi kita dalam rancangan *fefeling Hos sekejap. Ok, bergurau. sila ketawa. Sekian lama tak ber-blogging sebab err sebabb. Ada idea dan cerita tapi~ itu lah, kalau mood tak sampai ke hati turun ke jari memang. ehem.. kirim salam aje lah kan. 
Satu hari, Ahad lepas yang bertarikh 11 Januari 2014, kisahnya seharian sampai subuh esoknya tak tidur. Yelah, pagi pagi pergi amali lesen sampai pukul 5 petang (daftar Okt 2013,Jan 2014 baru ON), balik je sambung pergi membeli belah untuk 'trip' dan balik je bilik sambung kemas barang (cuti semester, kena simpan barang dalam stor +pindah blok sebentarr). 
Amali lesen tanpa ditemani sesiapa yang dikenali... giteww.. sampai migrain. Tapi part lawak masa kena bawa kereta......
Cikgu Farid: "Mana Amalina?"
Me: *angkat tangan..
Cikgu Farid: "Anak murid Cikgu bad kan? Ha~Awak masuk dekat tempat pemandu"
anonymous (anak murid lain): *ketawa & merepek apa tah. sengih je tengok ai macam budak darjah satu belajar.
Me: Berdiri depan pintu pemandu tanpa membuka pintu lagi "Saya tak pernah bawa kereta....."
Cikgu Farid: "Haaa. pernah jadi penumpang je la ni,??"
Me: "Yup" *sengih kerang

Ini antara dialog yang lawak + tips:
Cikgu Farid:
"Awak ada Diari? nanti tulis dalam diari tu "Hari ni,pertama kali bawa kereta dengan Cikgu Farid.. " *errr..krik~krik"
"Awak tahu tak kenapa cermin pandang belakang ni boleh turun & naik? sebab nanti kalau malam malam, lampu kereta belakang tinggi sangat then boleh buat mata awak silau. so, cermin ni boleh digerakkan ke atas supaya silau tu tak kena mata.."
gitewwwww..

zzZZ~ 
Suatu petang yang panas...
By the way, bawa kereta memang senang kalau tahu caranya. Beginner macam aku, memang enjin mati 3,4 kali baru ok.  List of 2014, nak dapat lesen kereta. OOooyeay!

Balik je, solat Asar then pergi shop ditemani @tinieHusna. Rushing habis, kejar masa. walaupun ada barang yang tak sempat dibeli tapi 3/4 dah beli juga ler. hahaha. 

Dialog kiri: mana lah makanan aku ni?
Dialog kanan: Yeay, aku dah dapat makanan *motifnya, gambar makanan je.
Balik kolej, tenaga 50-50. barang tak kemas lagi. macam pindah rumah dah barangnya. sampai subuh ditemani lagu supaya tak tertidur. Pukul 7 ++ baru dapat rehat. Begitu lah ceritanya.

Pesanan pihak penaja: Selamat Bercuti!!! kepada UPMnians serta universiti atau kolej yang sama cuti dengan kami. saya bercuti+kerja. Nevermind coz I enjoyed ^^.  
Say Assalamualaikum to Pulau Banding.

Terima Kasih!!
Singgah lagi ^_^

No comments :

Post a Comment