Tuesday, 11 February 2014

4 Hari 3 Malam: Tanjung Palok, Ulu Belum, Perak.

 Asalamualaikum wbt & Hai. Sudah 3 minggu berlalu kemnya dan ini kisah aku fefeling bercuti dengan cuaca yang sangat sangat sejuk dekat Malaysia. degil, bawa baju sejuk tak tebal. selimut tebal pun tinggal. aigoo. Serius dan serius sejuk wa cakap sama lu tapi waktu malam. Kalau ada thermometer, nak je aku check suhunya berapa. Tak jangka sejuk melampau begini, sekali. Haaa~ ambil kau. Waktu sentri berlapis lapis pakaiannya. Still juga sejuk menusuk tulang rangka ai. Duduk sentri depan unggun je la. hahaha. Siang sejuk juga tapi boleh bertahan. hiii.. Ok, panjang pula intro hal kesejukan. Eksited ke apa? haha.

Aneyo~ this is KEM PENDIDIKAN BIODIVERSITI 2014 *bunga api letop letop. Ia dikira percutian setelah tamatnya minggu peperiksaan.. Santai kem maa~
 *AMARAN: Kisah ini panjang dan banyak gambar.. tarik nafas sebelum baca..*mungkin smbil makan popcorn...serta klik gambar untuk tengok versi saiz besar ye. 


HARI 1: JAN 14
Salam Maulidur Rasul 1435H. Yup, hari kami bertolak tu adalah hari yang sama dengan Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435H dan manisnya permulaan perjalanan dengan berselawat bersama sama dalam bas ^^. 
Sebelum bertolak, berkumpul dulu. Seperti biasa dengar beberapa pesanan. Owh. me. Mood krikk krikk & mengantuk sebab kemas barang seperti biasa last minute. Bertolak dalam jam 9.30 pagi dan selamat sampai dalam jam 4.30 petang kalau tak silap. Alhamdulillah. Jauh sememangnya jauh. Jauh perjalanan, luas pemandangan. ye dok? tapi kalau tidur, mimpi ajelah like me.Berhenti rehat di R&R mana tah yang ada Agro Mall. Makan tengahari, jejalan kejap. Well, aku krik krik lagi. Nak ikut sape ni? sebab semua yang pergi ni aku kenal, sampai tak tahu nak ikut sape. hahaha. Memalu meaw kejap. Ikut je lah ye. Fefeling muda sikit dengan adik adik semua ni. ehee :3. Siap lunch, tunggu pemandu bas. Tang tunggu pemandu ni. Jom lah bergambar~~

"..Bila nak gerak ni?

with Sis Hidayah, the only one final year student here.. :)














Seperti biasa lah kan, aku sememangnya akan tidur untuk sepanjang perjalanan. Ke mana pun aku pergi, balik kampung ke, apa ke. Mesti nak tidur. Dah biasa. Memang tak lah, nak menikmati pemandangan perjalanan yang hampir 7 Jam tu. Dengar lagu, peluk bantal, pakai sweater. GoodNight. zzzZZZ. Bangun je dari tidur, masa berjalan pun still ada orang gerakkan kerana mata yang senang sembab like panda~ haha. ye~ye~dah bangun. Tapi salah satu perkara tak boleh lupa, aku tersedar dari tidur sebab tiba tiba bas bergegar lalu jalan dekat lebuh raya, disebabkan line kuning yang banyak banyak tu. Mungkin sebab ketebalannya lain dari yang pernah aku lalui. Dia punya gegar yang beberapa minit lamanya tu, macam nak suruh aku jerit "..ohoiii, ganggu tidur akuu~". kekonon. Aku betul betul bangun dari tidur tanpa sambung tidur lagi bila dah masuk kawasan Pulau Banding. Lalu jambatan and tengok tasik yang besar tu. Perasaannya... Woahhhhh~ Subhanallah. I'm here. Welcome to Pulau Banding!!!.. woohoo~.. Keluarkan semua beg dan berkumpul di Jeti. Naik bot ke kem yang kami akan menginap selama 4 hari 3 malam. Pondok menginap dia lagi mencabar dari kem yang pernah aku pergi. Walaupun lagi mencabar, nyamuk susah nak jumpa. Dengar pesanan dari Enck Ayub iaitu pegawai yang jaga kami dan pilih ajk serta tok & mak batin. Me, ajk kebersihan katanya. Berani bebudak ni petik nama ai. erghh. Selain itu, kami juga dijaga oleh 2 orang felo kolej yang mempunyai pengalaman berada di sini suau ketika dulu. Solat Jamak dan sedia untuk memasak. Malam aktivitinya mengenali Royal Belum, Suai Kenal dan 'Bola Beracun'. Aku hampir terkena, dapat je bola bagi dekat orang sebelah terus lagu berhenti... YYYeeaayyyyy!!!!~ Syukur tak kena. haha. Kelakar dengan telatah mereka mereka ni. macam macam, statusnya la. Mencari No 2 la, Bujang, Duda anak dua la, Berkawan la~ *mungkin benar atau tipu status tu. By the way, kelengkapan penginapan memuaskan dan cukup. Keperluan air untuk mandi dan memasak diambil dari empangan puncak bukit. Sejuk. Malam, aku menyempit dengan ex-roommate, Raja. Supaya tak kesejukn ye. Waktu awl tidur suhunya biasa je, badan boleh tahan lagi. Bila masuk pukul 2, 3 pagi. 3, 4 kali lah aku sedar dari tidur. "Omaa~sejukkk..T__T"..

                                 "Selamat Datang.." *waving hands~                         mizmalyn on vacation.. yo~  

                              
                                                                 di jeti..menunggu bot mai~

                       

                        
                                                                       menuju ke kem..wuhuu

                                                                          sampai dah~

 
                                           mendengar taklimat dan memasak untuk makan malam

                        
                                                       introduce urself, 'Royal Belum' & 'Bola Beracun'..
               
Hari 2: Jan 15
Aktiviti utama hari ni ialah Water Confident, Kayak, Star Gazing/Memancing. Main air seronok tapi water confident. Erghh. :3.. sebab water confident kena jatuh dalam air tiba tiba. Air pun masuk ikut telinga dan hidung, itu yang ai macam lemas kejap. blub blub~ Bila dah masuk dalam air dan timbul dengan selamatnya barulah, "..lihatlah dunia ai boleh berenang gaya bebas.." padahal sebab jaket keselematan. Masa main air ni, peserta kem memang beraksi lah kan dengan gaya lompat masing masing, berenangnya, semangat kau. Sampai petang ok, kecuali ai. haha. Tak mampu lah Bedah, sejuk. :3. Aku tamatkan aktiviti main air dengan berkayak with Raja. Mula berkayak, semangat!!. Ingat macam kayak dekat tasik ser%(%# tapi dah jauh dari jeti barulah rasa keletihan berkayak di tasik seluas tu. Tambah dengan cuaca yang nk masuk tengahari, air tasik yang berombak, macam "..someone please take us back to the Jetty..".. Nak langgar pucuk pokok dekat tasik lagi kauu, syukur tak terbalik kayaknya. Kalau tak, panik wooii.. Tamat je kayak, I'm done. Petang tu bersantai je dekat pondok dengan melayan angin semulajadi. zzZZ.. mimpi indah lahaii. Dekat kem ni kerjasama antara kami baik baik aje walaupun ada yang baru kenal macam saya. ><. Kami juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memasak dan sentri (jaga keselamatan). Dapur tempat paling aku suka *giggles. Waktu memasak ni lah, nak uji skill masing masing kan. Lelaki ke perempuan ke. sama aje.. kena masak. Malam pula, aktiviti Radio Rosak, kebetulan aku duduk belakang sekali jadinya kena bagi jawapan untuk ayat yang diberikan kepada kumpulan kami. Ayat yang diterima kumpulan ai serta tambah sikit sikit lepas berbisik dengan budak yang depan sekali. Ini lah dia, "Encik Harun ke Cameron Higlands dengan rakan sekerjanya cik siti jarum,@@$#>:<?<: untuk membeli strawberi seringgit dua" begitu la ayatnya, ingat ingat lupa .. dan jawapannya.. DDaaengg!!! salah. Aku dah rasa semacam, sebab tu pilih akhir sekali bagi jawapan. So, denda lah beramai ramai.. hohoi. Ada yang kena denda buat gaya penyu 5 saat lah, kena calit tepung lah.. *kelakar.. Jam 4 pagi, aku bangun dan gerakkan Yana, my teammate untuk sentri. Dua lapis stokin, dua lapis seluar, empat lapis baju, owh. tudung tak mampu lah berlapis lapis dan ai ready untuk bersentri. *giteww. Suasana gelap gelita sebab elektrik dibekalkan dari waktu subuh sehingga jam 3 pagi. Dengan hanya ditemani cahaya bulan, lampu suluh, unggun api serta teammate yang lain aje dalam 4,5 orang. Waktu ni macam macam bunyi ada. Bukan bunyi luar biasa *he he he like this ye tapi irama manusia tidur, macam pertandingan lawan bunyi dah. ekeke. Tambah dengan bunyi alarm memasing. Kemain lagi, macam nak menari nari ai mendengarnya, siap ulang 4,5 kali. what the fox say?~ 5.45 pagi kami beransur balik ke khemah.

sediakan sarapan

senaman.. terima kasih kpd shikin, tolong ambilkan gambar..

jemput makan. 







Water Confident & Kayak. A.W.E.S.O.M.E!!

'Radio Rosak' & denda



'Star Gazing'

HARI 3: JAN 16 
Aktiviti seperti biasa, owh sebenarnya setiap pagi ada senaman. Pagi hari ketiga ni barulah aku join sebab yang sebelum ni aku jaga nasi dekat dapur. Boleh lah dikecualikan, yeay~. Dalam banyak banyak senaman, Jaiho je aku pro. yang lain ala ala aje. Janji gerak gerak kan diri. :3 Sejak aktiviti blok tu, femes betul senaman Jaiho ni. Legend kot. So, pagi ni ada Abseiling. Ini abseiling kali kedua dalam hidup aku.. Aku abseiling trip kedua dan pusingan pertama. Pakai keselamatan yang diperlukan. Masa turun dari curam bukit tu, terhayun hayun dengan guna sebelah kaki dan aku gelak je. Apa tak nya, bebudak dekat bawah ni buat lawak. hahaha. Tamat je abseiling, petang aktiviti air. Lompat gaya bebas dan lumba kayak. Aku main air kejap then naik ke jeti.. Layan permandangan tasik untuk hari terakhir.. Fefeling kejap, semua benda ada dalam otak dan hati waktu tu.. ohoii.. rflrflrfl...Malam, ada BBQ. Ada yang berkaraoke. Serta, ada juga semangat cerita hantu termasuk lah aku tapi aku semangat mendengar. haha. lepas tu nak pergi tandas debar debar jantung.. Mereka berkumpul sampai tengah malam dekat unggun api yang besar. Maap, ai tidur awal malam ni. zzZZZ


Sediakan sarapan, gotong royong dan ada yang sambung memancing



..Abseiling..


~BBQ~

HARI 4: JAN 17
Semua bersiap untuk balik ke UPM. Mood kerja sedang memanggil. "...Mai~mai~balik..."katanya. Gotong royong, sarapan dan majlis penutup. Aku sempat ambil video terakhir dan bateri kamera habis. -__-. Beli cenderahati di R&R Sungai Perak. Alhamdulillah sepanjang kem ni cuaca baik, seronok & pengalaman baru.. I learn something,. Mana lah tahu, satu hari nanti nak travel alone kan. haha. Tapi memang mereka mereka ni ceria. Kacau hal 'pendaftran' lah. amboii.biasa kan.. Ada juga tanya, kenapa 'geng' tak ikut? Kenapa sorang sorang? Dah balik UPM pun, dapat juga soalan "Macamana boleh terfikir nak pergi?".. haahaha.. senyap.. jawab gitu gitu. dan senyum... Kepada yang nak buat kem ke atau lain lain, boleh lah ye datang ke kem ni. sesuai. *iklan cuti cuti Malaysia. Kolej Kelima UPM pun pernah datang, sebab nampak cenderahati mereka dekat dewan kem ni.
              
             "kak, kenapa duduk sorang2?"anonymous        



calm
Sayangi alam, jangan buang sampah merata - rata.

                                                                Yang baju pink tu pelajar praktikal yang turut serta bersama kami :)

KPB'14

Jom balik~!!

menuju ke kem

Inilah video terakhir di sana

InshaaAllah, Royal Belum ai akan datang lagi untuk tengok khazanah alam yang ada dekat sini. ^_^. *cosmate..lai..lai..dengar cerita pulau tali kail awesome..


*video dan gambar yang ada mizmalyn.blogspot.com itu milik ai. selain daripada itu, milik orang lain. 
terima kasih.

Sekian.
Singgah lagi~ ^^

No comments :

Post a Comment