Tuesday, 6 May 2014

Aku dan lukisan


 Assalamualaikum wbt dan Haaaiiee~

Lama betul tak berblogging.. maklumlah jari tak nak menari katanya.. hahah. eh, buzy uollss, masuk semester kedua tahun ketiga lah katakan, dengan hal latihan industrinya, kuliah, program kolej lagi iaitu larian amal RFL 3.0 serta lain lain dan sekarang ai bekerja part time bagi menampung hidup yang .... sederhana ni.. Sekarang dah masuk minggu ke 11, dalam sebulan lagi tibalah final exam dan latihan industri, Alhamdulillah dapat di BTS LI nya.. hujung hujung ni segala hard copy latihan, laporan mini projek dan perbentangan sedang bergiat aktif untuk dihantar dan dijalankan.. Ok, bukan nak cerita kisah hidup pelajar yang tak seberapa ni tapi ...

Aku dan bergiat aktif melukis balik sejak minggu lepas, sebabbbbbbbb baru je menghabiskan baucar buku pada 2 Mei yang lepas, haha.. bahagia kau~ masuk kedai buku, kalah budak nak spm, pmr mahupun upsr.. macam macam jenis pen, pensel, dan seangkatannya aku beli. Yang wajib adalah buku untuk aku melukis serta pen muncung tirus *0.4 dan 0.5. semata mata nak habiskan RM100 baucar buku tersebut, gila kau tak nak habiskan, rezeki kot. macam dalam pasar dah dengan bakulnya dan kejap gerak depan, kejap gerak belakang.. 

Biar gambar berbicara.......

|
|
|
|
|
|
|
|
v
Art & Decor, I call it sketch book.. my precious .. senang nak bawa kemana mana, saiznya lebih kurang 1/4 A4. dua ai rembat berbayar ok.. :3.. kualiti kertas nya awesome!!!
ai beli di ChapterOne, the Mines. RM 4.90 each..


Ini lukisan yang merasmikan buku di atas~
|
|
|
|
|
|
v
your eye

meaw meaw

yi tng, she pretty than this ok. still learn to sketch  potret... biaaaaneii yi ting

be strong 

think happy, be happy

Aku mula melukis masa tadika lagi. LOL. memang semua orang cikgu ajar kita melukis dari tadika kan. haha. maksud ai, minat melukis ni masa darjah 5, waktu tengah suka baca majalah ujang, aku cuba lah lukis mat blues yang memang kartun paling nsem lah dalam buku tu. menyesal tak simpan. haha. then teruskan dengan melukis anime, lepas tu masa tingkatan 5, aku ambil sains tulen dan pendidikan seni, berangan nak jadi Doktor berseni katanya.. *semata mata  tak nak ambil akaun. sekarang ambil kau~, tatap lah coding coding, interface bagai. haaa.. doktor sangat. Jadi, kalau nak dikira lukisannya,memang tak terkira.. tapi masih belajar ye, belum pernah mengeluarkan lukisan tulen yang hak cipta terpelihara. semua dilukis berdasarkan gambar sebiji depan mata. Melukis juga bagi aku tempat nak melepasakan segala perasaan.. biar lukisan berbicara,begitu. aku dan cara seni tersendiri .. pelik ke, apa ke,kisah pulak aku. Masing masing ada cara tersendiri kan. sekian.
Ok, tatatatata~ ^_<

terima kasih
singgah lagi :*

No comments :

Post a Comment