Thursday, 23 October 2014

Aku si amatur..

 Sejak akhir akhir ini, aku terlibat dengan penerbitan kecil kecilan komik untuk blog, kolej dan yang terbaru rekaan logo untuk online shop rakan. Kecil kecilan je, tak mampuh lah bedah nak buat macam professional. Si amatur lah katakan, bukan harga yang dikejar tapi hasil tangan sendiri tu yang buat aku teruja tahap merah biji mata. Bukan bidang aku pun, sebab sekarang pun belajar major sistem komputer bukannya multimedia. So, tahap kreatif tu tak supeerrb la. 50-50. haha.




Yang atas ni 2 komik pendek yang aku reka jalan ceritanya, lukis secara manual(tangan) lepastu kawan aku, Naim warna dan kemaskan. Dua ni je yang sempat sebab sibuk dengan praktikal. Tak lama lepas tu hari raya aidilfitri. Lagi lah tak sempat kan. Gambar terakhir tu, watak aku dalam blog komik ni. Blog 7pm5am. Hampir semua komik dalam blog ni, ciptaan Naim dan kawan dia. Lagi mantap rekaannya. Singgah lah ye blog ni --> 7pm5am

Ok, yang ni komik pertama aku untuk Buletin Kolej Kedua, UPM. Aku lebih kepada seorang pelukis tangan. Lukis secara grafik ni aku 'almost fail' lah. Tak sekemas yang korang nampak dekat internet lah ye. Kawan aku tawarkan sebelum cuti hari raya korban haritu jadi aku pun terimalah. haha. Mencuba kan.. 


Yang terbaru, aku tolong rekakan logo untuk online shop rakan aka junior kolej. Haa, banyakkan contoh aku buat untuk ditunjukkan dekat dia. Nampak tak bertapa amaturnya aku, Akhirnya, salah satu yang dekat sini menambat hati si pemilik. Gitewwww.. Aku buat sampai pemiliknya berpuas hati baru rasa lega. haha. Jemputlah singgah online shop mereka (by Nana bee & Iera Mai) --> Syurga Hijabista. Aku sendiri pengguna wide shawl dieorang. Shawl tu sangat terbaik. Labuh, senang bentuk & selesa. Harga berpatutan. Seriousssssss~

Ni gambar mingu lepas, wedding kakak kawan *senyum cover. Disebabkan shawl ni best. Banyak kali jugalah aku pakai. Pergi pantai, pergi makan. haa..Tu Abaya dari sis Qaseh Nir.
Assalamualaikum wbt.
Kbai

12 comments :

  1. blogwalking jap . jangan lupa singgah :) . . http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Blogwalking dan follow sini ^^

    http://wani-siulatbuku.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. follow sini.
    menarik :)
    follow back ?
    http://travelog-dakwah.blogspot.com/2014/11/kehidupan-sebagai-muslim-di-perancis.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Done. Terima kasih ^^

      Delete
  4. Replies
    1. Nice blog,done follow. Terima kasih ^^

      Delete
  5. bagus dik... mulakan pelan2... lepas ni mesti berjaya... ingat nak berjaya kena ada satu pasukan aka jemaah... kalau sorang2 susah nak berkembang... lain orang lain ilmu pengetahuannya

    ReplyDelete