Thursday, 9 October 2014

The Climb

Kisahnya, 3 minggu lalu. Aku, Fat, Peka, Pan, Yiting dan Dila (rakan kuliah dan kolej) telah merancang untuk memanjat 'menara' kawah suria. *ayat macam merancang misi besar je. hik hok. Tengah bersiap siap untuk pergi badan dah mula seram sejuk, jantung mengepam darah laju dari biasa. Dalam hati, "Amalina, betul ke ko nak panjat benda alah tu, ko redah je ni tanpa sebarang tali keselamatan.." giteww hati berbicara. Peribahasa kekawan aku, "Now or Never..". Aku kena panjat juga hari ni, tak kira.. Peka, "Ko ada 'safety' nak panjat benda tu..". Aku cakap lah itu ini. Dia pun tak yakin. Yela, apa apa jadi sendiri tanggung maa..

Tepat pukul 6 petang, aku dan Yiting dah gerak ke Bukit Ekspo, tunggu punya tunggu. 6.40 petang barulah mula memanjat. Mulanya macam, heyyy, macamana nak panjat dengan Pokok Ara menjalar dekat tangganya. Aku pun tengok elok elok, ada laluan di sebalik pokok tu. Dengan semangat yang berkobar - kobar, aku mula memanjat sorang sorang. Safety Check katanya.

Peka sempat snap gaambar aku memanjat
Ada dua tangga. Bila sampai separuh menara, aku berhenti kejap, gerun. Dalam otak, kalau aku terlepas tangan ni agak dasyat lah jawabnya. Well,segala ayat aku baca, istigfar, mengucap,ayat kursi bagai. Bukan panjat bawa diri je, bawa beg sandang sebab nak letak semua fon canggih dalam beg tu. Dila pun, siap bawa botol air. Gigih sangat. Sampai atas, Subhanallah, matahari tengah nak terbenam. Chanteeekkkk. tapi malangnya tak sempat rakam.

Bila aku dah sampai atas, barulah yang lain panjat. Ada sorang kawan aku ni lagi gempak, namanya Pan. Sebab,separuh menara dia panjat pakai selipar jamban je lepas tu dia sambung panjat berkaki ayam je. Mammpuhh. Lepas dia, Fat panjat, aku macam tak percaya dia panjat sebab dia gayat sikit orangnya. Aku risau sampai atas dia pitam ke, pengsan ke. naya lah kita. Rakam video sikit, video tu lawak jadi aku tak nak kongsi,cukuplah dekat FB je. haha. Then, Yiting, Dila dan terakhir sekali Peka. Jadi, sampailah kami berenam atas menara kawah suria UPM.

Muka muka eksited sampai atas
Akhirnya, setelah menunggu satu semester dapatlah kami memanjat benda alah ni. Bak kata Fatini 'Wishlist Final Year'. Sesiapa yang ada kamera chantek (DSLR) atau smartphone yang kamera memang daebak tu serta jiwa kental silalah guna kemahiran korang dekat atas ni. Kamera smartphone aku menghampakan jadi ambil gambar pun guna smartphone orang lain. hik hok. Sesiapa yang gayat, boleh lah panjat untuk Terapi Hilangkan Gayat. *eh. Ambil gambar bagai, then turun lah kami. Puas hati, terasa sampai hari esoknya.

I'm titanium~
Jangan tiru aksi kami, seelok eloknya gunalah 'safety' yang berkaitan kalau rasa tak berapa yakin nak main redah je. Sekian.



2 comments :

  1. Assalamaualaikum.
    Blogwalking sini. ohsem entri. saya dah klik iklan awak.. jemput singgah blog saya .. selamat berkenalan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima Kasih,masih belajar. saya dah klik iklan awak juga ^^.. Selamat berkenalan jua.

      Delete