Friday, 16 January 2015

Kalaulah jodoh...





































Assalamualaikum n hai as usual. Oh, penuhnya sawang dekat blog ni. Asyik otak je yang bercerita, tangan tak rajin nak menaip. Hambar~. hahaha. Topik hari ni murid-murid adalah jodoh. Ni la perempuan, asyik asyik jodoh, tak ada topik lain nak bercerita kan. Biarlah, kisah ni bagi aku sangat sweet. Kisah benar ok. kisah benar. Cerita ni ditujukan kepada perempuan luar sana yang tak habis habis,

"Aku kesunyian..."
"Tak ada orang nak dekat aku.."
"Untunglah ada orang caring pasal kau"
..so on..

*macam aku, eh. Haha. Iols bukan nak cakap apa la. Pernah mengalami, maklumlah perempuan kan. Tapi itu dululah bila cakap mcm tu depan kawan, memang kena tarbiah sentap lah ye. Tapi betullah dieorang cakap tu. #tegurBukanTandanyaHebat.. haaa. sambung. haha. *maap maap

Jadi, aku ada seorang kawan yang sama sama membesar, bukan dari baby lah tapi dari kiteorang sekolah rendah. Dulu, bukan bestie pun. Gegitu je kawannya, tapi lepas tamat sekolah menengah kami rapat sampai sekarang. Dikira kira, 6 tahun sekolah rendah + 5 tahun sekolah menengah + 4 tahun lepas sekolah = 15 tahun kami berkawan, haha.

                          

Kisahnya, kawan aku ni. Bedah bukan nama sebenar, bakal berkahwin lagi sebulan, in shaa Allah Februari 2015. Dia nak kahwin, so? biarlah. haha. Kisah pendeknya, dari aku kenal dia ni. Dia sangat sangatlah baik budaknya walaupun banyak cakap, dia pernah cinta monyet sekali je seumur hidup, itupun seminggu je. Then, memang tak ada.*taktipu. Banyak giler lelaki goda dia, semua putih mata. Then, raya 2 tahun lepas, kalau tak silaplah, keluarga angkat dia yang 7 tahun lepas datang beraya. Di situlah bermulanya kisah dia bertemu jodoh. Keluarga angkat ni berkenan dengan bedah, jadi salah seorang anak keluarga angkat dia ni, goda punya goda. Tapi bedah ni layan tak layan je, Dieorng tak pernah bercinta, tup tup. Lelaki tuh nekad hantar rombongan merisik, bedah ni macam. Omaigaddd *bukan macam ni la die buat.

Bedah pun tanya pendapat keluarga, kawan kawan yang rapat. Akhirnya, bedah terimalah si lelaki, yang kini bakal menjadi hubby-to-be. Aku adalah salah seorang yang sangat sangat sannnngaaatttttt happy. Bagi aku, Bedah memang layak bertemu jodoh sebab dia, agama jaga, pergaulan jaga walaupun dia ni banyak cakap, n ganas tapi sopan. Bukan nak puji bedah, tapi kenyataannya begitu.

Haaa, apa yang aku nak cakap dekat sini, jodoh tu rahsia Allah swt, tak perlu nak cari sangat walaupun kau dah tahun akhir macam aku, eh., n perbaiki diri ke arah yang lebih baik. tak gitu. Jujurlah, aku pun pernah risaukan benda tu tapi lama lama bila fikir balik, mungkin ada kekurangan yang perlu aku perbaiki dan ada benda lain lagi yang penting untuk aku fikirkan. Kalaulah jodoh... bertemu jua. chamtuhhh.

So, girls out there. Wake up, ok.

Kisah ini hanya perkongsian kecil dari aku, mungkin lain orang lain pemikirannya kan. Apa pun, doakan perjalanan majlis bedah bukan nama sebenar, yang tinggal lagi sebulan dipermudahkan. Terima kasih. *tazabar rasanye iols nak jadi pengapit buat pertama kalinya. ahak. 

kbai
  

No comments :

Post a Comment