Saturday, 17 January 2015

Misi Banjir 1M4U UPM ke Pahang.

Assalamualaikum n hai. Ahad minggu lepas, aku dan kawan kawan aka bestie decide menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa mangsa banjir di Pahang. Kami nak ke kelantan tapi

"..dah pergi kelantan la uolls.." abu bukan nama sebenar. 
"Araso.."

Kami bertolak dalam pukul 12 malam dari UPM lepas briefing n ambil 'senjata', aku ingatkan 2,3 jam je dah sampai tapi kami sampai pukul 6 pagi dekat Universiti Malaysia Pahang, Gambang. Terasa jauhnya Pahang tu, mungkin bas banyak berhenti kot. Aku balik rumah 2,3 jam dah sampai. Bersiap untuk operasi hari pertama. Hari pertama misi ni, kerja kami ringan ringan je. Paling berat pun kena angkat meja ke setiap kelas yang dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir. Hal maklumlah, dah lama tak menjenguk sekolah, dulu pakai meja kayu ada laci sekarang meja kayu + besi + tak ada laci. Mostly, kelas kelas ni dah dicuci oleh akak akak n abang abang sukarelawan yang sampai awal daripada kiteorang serta abang abang bomba n askar. Owh, lupa kami ni skuad gempur 1M4U UPM, terdiri daripada pelbagai fakulti n kolej. Ada dua kumpulan, Bas A dan Bas B. Kami K2vangers, kumpulan Bas B yang diketuai Paan. Hari pertama, kami melawat dua buah sekolah. 

Sesi bahagikan jenis pakaian. Pakaian ni akan dihantar ke Kelantan.

                                                      
 Meja ni lah yang dimaksudkan, untuk mereka yang berat 45kg ke bawah dinasihatkan jangan angkat sorang.

 Hari kedua yang paling mencabar, kumpulan Bas A bergabung dengan Bas B membersihkan sekolah yang baru je air bah surut. Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat kesan lepas air surut. *speechless. Mungkin yang pernah atau tengah menjadi sukarelawan tahu keadaannya bagaimana. Sampainya kami di sekolah tu SK Pulau Manis, sarapan, bahagikan 'senjata' dan kami diminta fokus membersihkan longkang yang dipenuhi lumpur. Lumpur sangatlah banyak dan tebal. Selain kumpulan kami, ada juga sukarelawan dari UMP dan PLKN. Misi hari kedua tamat, Alhamdulillah.

Loceng rehat, old skool.





In the end, walaupun macam macam jadi dalam misi ni. We all UPMians, tak kiralah lain fakulti ke, kolej ke. Be cool lah kan. 

Waktu mereka ni tengah selfie, kami pun tengah selfie dekat belakang. Semua tetap senyum walaupun penat.


Haaa, ni dia.


Terima kasih ^^. Semoga mangsa mangsa banjir di Malaysia dipermudahkan segala urusan baik pulih, in shaa Allah. amiin.


Lesson learned everyone? -#diva

K2vangers


kbai

2 comments :

  1. U saya pun ade juga buat sukarelawan kew pahang n kelantan, tapi saya tak join ade hal...huhuhu
    btw,menjadi sukarelawan pengalaman manis yang tak dapat dilupakan..
    salam perkenalan n follow kat sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, mungkin nanti awak dapat join lagi aktiviti sukarelawan. saya dah follow. salam perkenalan jua ^^

      Delete