Wednesday, 14 October 2015

Selamat Pagi Sayangku. Apa Khabar Dirimu? zzZZ

Hai!!

 Kerana ai suka lagu setia ni, macam seronok untuk dibuat tajuk. zzZZ.

 23 tahun dah ai membesar, ingat badan kecik tak adela umur meningkat. Haa, feeling sangat. Mimpi je la oii. Selama ai membesar, cita cita ai tak pernah tetap, kejap nak jadi cikgu. Tapi lepas tengok kedegilan anak murid, cancel lah jd cikgu. Lepas tu nak jadi doktor, nurse la. Lepas demam sebab bilik mayat, tak jadi lagi. Then nak jadi polis, askar. Malangnya badan ai kalau kena angin, balik jalan kaki dari sekolah rasa macam melayang layang je, hal maklumlah sekolah menengah nun atas bukit. 

 Ai sekolah luar bandar je, so saingan IQ tu tak ramai. Zaman tu ko dapat beberapa A pun orang dah macam ''Woww WOww'', kecoh satu kampung. Iols relax je. hahah. Bila SPM, mohon upu dan matrikulasi. Masa tingkatan 2, ai dah berangan dengan geng 'mak jemah', 

''iolss tak zabarr nak masuk u.. Boleh pakai pakaian bebas.'' haa, feeling lagi. 

 Tapi tak adela nak cakap 'iols' 'uols' bagai, kami bercakap dalam bahasa Pahang. Jangan kata ''Tak nampak macam org Pahang pun?..'' Penampor nak. Haa, bila dah habis sekolah, mula lahai nak masuk sekolah balik. Whats wrong with people nowadays? haha

 Tamatlah majlis anugerah SPM so ever. Mereput. Then, panggilan pertama matrikulasi dengan UPU, ai tak berjaya. Dengan tak suka pakai baju sekolah balik, ai pergila masuk tingkatan 6 dekat sekolah bandar. Sungguh tak rela, nak kena beli lencana so ever. Tapi jangan salah faham, ai tak cakap tingkatan 6 tak bagus, cuma ai je tak ade feeling nak masuk sekolah. 3 minggu juga lah jadi pelajar sekolah balik, jumpa balik kawan n cikgu sekolah rendah dekat situ. hahah. Pernah sekali kena kejar anjing, dodol punya anjing. Pagi pagi buta nak kejar ai, nasib tak kena samak.  aiishh. 

 Maka, setelah 3 minggu. Ai berjaya untuk panggilan kedua matrikulasi. Eksited walaupun ada seminggu je nak sediakan apa yang patut. Dapatlah ai masuk matrik melaka, walaupun masa sekolah senior dan cikgu kata matrik susahhhhhhhhh sangat sangat. Memang susah tapi tak adelah sampai membunuh. haha. Sebenarnya ai tak jangka dapat dekat Melaka, mungkin sebab sebelum tu admire sangat dengan matrik melaka. Jadi, tuhan makbulkan. haha. Dulu, memasing malu sebab 'second intake', padahal tak ade beza pun. Result bila habis matrik sama level je. Kepala hotak hang ja pikir bukan bukan. Relaks sudah. Itula pertama kali ai keluar dari Pahang dalam jangka masa yang lama...

 Setelah hampir setahun, tamatlah zaman matrikulasi yang sangat 'Fun'. haha. Maka masing masing pun menunggu keputusan peperiksaan dengan tabahnya, mohon UPU lagi dan bertawakal dapat 'penempatan' baru. Ada yang berjaya panggilan pertama, ada yang tunggu panggilan kedua, ada yang pandai tapi tak dapat jurusan yang diidam, ada yang keputusan exam yang lalalight tapi dapat u yang gah, ada yang bekerja, ada yang masuk SPA, ada yang kahwin. ehhh. dan sebagainya.

 Makanya, ai memang tak sabar nak jadi budak u yang diidam idamkan ketika di tingkatan 2. Kali ni, lama. 4 tahun di Selangor. Walaupun memang tak tahu langsung hidup sebenar sebagai pelajar universiti. Memang feeling je lebih masa tu. Noob giler. Ingat macam dalam drama akasia, sandiwara semua. Sekali ambil kau. Mencabar, ai dah lah pernah duduk hostel sebulan 2 minggu je masa sekolah menengah then keluar. Anak mak, kalau sekolah rendah kena buli, asyik asyik nak mengadu dekat mak, masuk u, ko krik kriik lah sesorang dik oii. hahah. Hampir 'tersungkur tengah tengah lebuh raya' dan pelbagai lagi. But, bukan 100% lah kisahnya hambar. haha

 Tuhan je tahu, kenangan pahit, manis, jahil, ngeri ai masa 4 tahun ni. Jumpa macam macam ragam manusia, dari ai yang otak kanak kanak ribena sampai lah terasa pemikiran wanita gitu. Dari kisah si single, si couple, si pengantin dan si mak bapak. Berkem sana sini. Teater. Bersukan. Berniaga. Si straight dan sebaliknya. Boleh buat drama melayu dah.

Tapi..

 Alhamdulillah, let bygones be bygones. Ai kini telah rasmi bergraduat ijazah muda. Lagi 2 minggu majlis konvokesyen nya. Yeayy!!!. Sekarang, tengah struggle membina kerjaya setelah 2 bulan menjadi surirumah kepada mak bapak ai. 



kbye




1 comment :