Sunday, 27 March 2016

Running Reviews || KKB Glow Run 2016

Assalamualaikum wbt n Hai!

Malyn kembali lagi setelah 5 bulan menyepi. Sibuk dengan kehidupan baru katanya, giteww. :3

Kisahnya.. Sabtu lepas 19 Mac 2016, telah berlangsung Kuala Kubu Bharu (KKB) Glow Run 2016 yang dianjurkan oleh Green Leaf Event & Marketing Services. Larian telah diadakan pada waktu malam, haa #earthour k. Tapi tak adalah gelap langsung, ada lah sipi sipi cahaya dari beberapa lampu jalan, lampu abam2 & hakak JPAM & PDRM.

Ini larian luar yang kedua ai sertai, selepas Malaysia Milo Breakfast Day Run 2015. Ai bukan Runner yang tegar, paling max lari pun 8 Km. haha. Sebelum ni, exkolej ai menganjurkan larian amal juga. Jadi, ai pernahlah join, tak join dan jadi Eksekutif nya. Haaa. tahun ni ada lagi. Pergilah usha RUN FOR LIFE. Alhamdulillah, 5km larian untuk 2016 berjaya ditamatkan dengan jayanya. Ai suka rekaan baju KKB Glow Run ni. haha.



Beberapa pendapat daripada seorang rakan yang berpengalaman hampir 2 tahun sebagai seorang Runner yang tegar dan bolehlah penganjur guna pakai untuk penambahbaikan GlowRun 2.0. giteww.

1. Pihak penganjur digalakan menghantar Reminder yang jelas lagi terang tentang pengambilan Running Kit kepada peserta melalui SMS atau email, kerana kebanyakkan mereka bekerja, dan mungkin tak perasan atau terlepas pandang email dari sistem yang dihantar semasa awal pendaftaran larian yang perlu diklik link tertentu untuk maklumat pengambilan running kit.

2. Tempat larian, mungkin boleh pilih kawasan yang bersesuaian (bukan di sebelah masjid). Bila warming up session, macam tak syok n serba salah sebab sebelah dengan tengah azan, dll. Lagu pun tak dapatlah dipasang dengan kuat.

3. Waktu larian, sekiranya mula jam 9 malam. Tetapkan awal awal. Jadi, peserta tidak tergesa gesa dan menunggu lama. Nanti yang semangat datang awal, bila delay lama sangat, terus dia dah tak semangat. Kecuali orang macam hakak, yang hyper sangat malam tu. hahah

4. Mohon dapatkan sponsor untuk 'Glow Stick', makanya peserta akan terasa bahagia dengan jumlah yang diberi melebihi satu. ekeke. At least, tak dapatkan sponsor glow stick pun, dapatkan penjual glow stick. Maka peserta boleh beli sebanyak yang dia boleh.

5. Masa Warm Up Session boleh dipanjangkan lagi, dengan short zumba or aerobik session. Tapi pastikan tempat berkumpul bersesuaian, seperti yang dinyatakan di No 2.

6. Boleh buat beberapa aktiviti yang lightlight untuk keluarga atau kawan kawan yang tengah menunggu peserta habiskan larian, supaya mereka terasa "Wahhhh, tak bosan menunggu...".

Tamat.

Positifnya, kami terasa selamat dengan kehadiran JPAM dan PDRM. Gambar dari Sneak Peek Production. Terasa suasana #earthhour. Rekaan medal & baju yang cantikkk. Goodies bag yang cool, ada power bar, Oyeah!!!





kbye.






No comments :

Post a Comment