Tuesday, 28 June 2016

Berbuka Puasa di The Red Olive

Assalamualaikum wbt & Hai.

Salam Ramadhan. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja bulan Ramadhan.

Ceritanya, cuti Nuzul Al-Quran minggu lepas ai berbuka puasa di The Red Olive, Jaya Shopping Centre (The Heart & Soul PJ... katanyaa), Petaling Jaya bersama kawan ai, Fatini. Perancangan secara tiba - tiba sahaja, sebab last minute planning ni selalunya jadi. Alhamdulillah, tak ramai orang jadinya tak payah booked bagai sebab 2 orang je pun. Kami disambut mesra abam pelayan dengan senyuman dan terus tempah set berbuka puasa untuk 2 orang. Jimat, tapi makanan tu macam untuk 3 orang weh. Customer service tip top. Hidangannya ai bagi 4 dari 5 bintang. Ada kurma, makanan berat, air minuman dan pencuci mulut. Bajet tak sampai RM50 pun seorang. Masa nak bayar pun dapat souvenir lagi. 






Terima Kasih. Singgah lagi ^^

No comments :

Post a Comment